Saya mahu tahu bidang yang ditawarkan di IPG
Mulakan dengan memilih kelayakan anda. Laluan masuk ke IPG berbeza mengikut kelayakan dan kategori calon.
Syarat setiap bidang
Pilih bidang SPM Laluan Perdana untuk melihat syaratnya dalam bentuk ringkas.
SPM Laluan Perdana: syarat bidang telah dipetakan dan semakan automatik CariIPG sedia digunakan. Pengambilan 2026 melibatkan SPM 2023, 2024 atau 2025.
SKLaluan Perdana SPM
50PD010M00P
Bahasa Melayu Pendidikan Rendah
Syarat umum
- Warganegara Malaysia.
- Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2026 (lahir pada atau selepas 30 Jun 2006).
- Calon lepasan SPM tahun 2023, 2024 atau 2025.
- Sihat tubuh badan.
- Aktif dalam kegiatan kokurikulum.
Syarat akademik dan bidang
- Sekurang-kurangnya gred CEMERLANG (A-, A atau A+) dalam mana-mana 5 mata pelajaran.
- Sekurang-kurangnya A-: Bahasa Melayu dan 4 mata pelajaran lain sekurang-kurangnya A-.
- Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Sejarah sekurang-kurangnya C, kecuali mata pelajaran yang telah mempunyai syarat lebih tinggi.
Sumber: Panduan PISMP 2026 Laluan Perdana, Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM). Paparan ini memudahkan bacaan; dokumen rasmi kekal rujukan muktamad.
CariIPG β Semak keputusan anda
Masukkan keputusan SPM Laluan Perdana. Sistem akan menyemak semua bidang SPM yang telah dipetakan.
Keputusan ini ialah semakan bantuan berdasarkan syarat akademik rasmi. Memenuhi syarat tidak menjamin tawaran. Pemilihan sebenar tertakluk kepada KPM, e-UKCG/UKCG, temu duga, UKF atau penilaian lain yang berkenaan.
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sejarah dipaparkan terus. Pilih gred sahaja. Untuk subjek lain, tekan + Tambah mata pelajaran dan taip sebahagian nama subjek.
Mata pelajaranGred
Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Matematik
Sejarah
Program Pelajar Cemerlang (PPC)
PPC ialah laluan khas KPM untuk pengajian ke luar negara dan dipisahkan daripada PISMP biasa. Bagi pengambilan 2026, laluan yang dipaparkan dalam CariIPG merangkumi SPM 2025 serta STAM 2024 dan 2025.
Lepasan SPMSPM 2025Semakan akademik PPC SPM 2026 tersedia dalam CariIPG.
Lepasan STAMSTAM 2024 & 2025Syarat PPC STAM 2026 telah dimasukkan berdasarkan Panduan Permohonan PPC 2026.
PPC Lepasan SPM 2025
PPCSPM 2025
52PC050A00P
Bahasa Arab (Lughah)
Program Pelajar Cemerlang Pendidikan Islam
PPCSPM 2025
52PC050P00P
Pengajian Islam (Dirasat Islamiah)
Program Pelajar Cemerlang Pendidikan Islam
PPCSPM 2025
52PC050Z00P
Tahfiz (Al-Quran Wal Qiraat)
Program Pelajar Cemerlang Pendidikan Islam
PPC Lepasan STAM 2024 & 2025
PPCSTAM
54PC050P00P
Pengajian Islam
Universiti Al-Azhar, Mesir Β· 8 tempat
Syarat tahun 2026: Maklumat dalam modul ini adalah berdasarkan pengambilan dan Panduan Permohonan PPC Tahun 2026. Bagi permohonan tahun 2027, syarat akan dikemas kini semula berdasarkan panduan rasmi terkini.
Sumber: Panduan Permohonan Program Pelajar Cemerlang (PPC) Ke Luar Negara Tahun 2026, Kementerian Pendidikan Malaysia.

